Ringkasan Bab 4
- Unsur-unsur utama yang terdapat dalam sel ialah karbon, oksigen, hidrogen,
nitrogen, sulfur, fosforus, kalsium, kalium, magnesium, klorin, natrium, dan
ferum.
- Sebatian kimia yang utama dalam selialah sebatian organik seperti karbohidrat,
lipid, protein, dan asid nukleik dan sebatian bukan organik seperti air.
- Sebatian organik merupakan sebatian yang mengandungi unsur karbon.
- Karbohidrat membekalkan tenaga kepada sel dan juga diperlukan untuk membina
dinding sel.
- Lipid berfungsi sebagai sumber tenaga dan diperlukan untuk membina membran
sel.
- Protein diperlukan dalam kebanyakan aktiviti sel dan merupakan unit asas
bagi pembinaan molekul organik dalam sel.
- Asid nukleik menyimpan maklumat genetik untuk sintesis protein.
- Air merupakan sebatian bukan organik yang paling banyak dan terpenting dalam
protoplasma sel. Air merupakan pelarut yang baik dan menjadi medium tindak
balas biokimia dalam sel.
- Enzim adalah mangkin organik yang mempercepatkan kadar tindak balas biokimia
dalam sel.
- Enzim terbina daripada protein dan mudah dinyahasli pada suhu yang tinggi.
- Tindakan enzim adalah khusus, iaitu satu jenis enzim boleh bertindak balas
terhadap satu jenis substrat sahaja.
- Enzim tidak berubah atau dimusnahkan pada akhir tindak balas yang dimangkinkan
olehnya.
- Tindak balas yang dimangkinkan oleh enzim adalah berbalik.
- Enzim peka terhadap suhu dan pH.
- Terdapat dua jenis enzim, iaitu enzim intrasel dan enzim luar sel.
- Enzim dihasilkan oleh ribosom yang wujud secara bebas dalam sel dan ribosom
pada jalinan endoplasma sesuatu sel.
- Kadar tindak balas enzim dipengaruhi oleh faktor seperti suhu, pH, kepekatan
substrat, dan kepekatan enzim.
- Dalam kehidupan harian, enzim digunakan dalam serbuk pencuci dan pelembut
daging.
- Dalam industri, enzim diperlukan dalam pemprosesan makanan, industri penyediaan
barangan kulit, dan penyediaan miniman beralkohol.
Menu Utama
Latihan 1