Make your own free website on Tripod.com

Latihan 1 (Bab 2, Bab 3)

  1. Terangkan struktur dan fungsi bahagian sel berikut: Membran plasma, dinding sel, nukleus, mitokondrion, kloroplas, vakuol, sentriol, jalinan endoplasma kasar, alat Golgi, sitoplasma.
  2. Lukiskan dan labelkan satu sel haiwan dengan jelas.
  3. Lukiskan dan labelkan satu sel tumbuhan dengan jelas.
  4. Huraikan satu eksperimen untuk menyediakan satu slaid sel tumbuhan.
  5. Huraikan satu eksperimen untuk menyediakan satu slaid sel haiwan.
  6. Bandingkan perbezaan antara sel tumbuhan dan sel haiwan.
  7. Terangkan struktur membran plasma yang menyebabkannya bersifat separa telap.
  8. Huraikan satu eksperimen untuk mengkaji pergerakan bahan secara resapan merentas membran separa telap.
  9. Apakah perbezaan antara istilah isotonik, hipotonik, dan hipertonik?
  10. Berikan istilah-istilah berikut: Pengangkutan aktif, resapan ringkas, osmosis, krenasi, hemolisis, plasmolisis, deplasmolisis, larutan hipotonik, larutan hipertonik dan larutan isitonik.
  11. Huraikan satu eksperimen untuk menentukan kepekatan sap sel tisu tumbuhan.

Menu Utama