Kitar Sel

Subfasa interfasa
Peristiwa yang berlaku
Fasa pertumbuhan pertama
  • Pertumbuhan sel secara aktif dengan penghasilan protein serta organel baru.
  • Fasa yang penting kerana pada fasa ini, sel akan menentukan sama ada akan meneruskan kitar hidup yang seterusnya. Jika keadaan sesuai atau baik, sel akan memasuki fasa sintesis.
Fasa sintesis
  • Sintesis DNA (bahan genetik) berlaku.
  • Setiap kromosom mengganda menjadi dua kromatid yang seiras.
Fasa pertumbuhan kedua Melibatkan aktiviti metabolisme dan peringkat seterusnya. Sel membuat persiapan terakhir untuk membahagi.

(a) Mitosis - pembahagian nukleus iaitu pembahagian sama rata kromosom yang telah disintesis kepada dua sel anak.

(b) Sitokinesis - pembahagian sitoplasma.

(a) profasa

(b) metafasa

(c) anafasa

(d) telofasa

(a) Sitokinesis ialah pembahagian sitoplasma.

(b) Sitokinesis berlaku sebaik sahaja selepas pembahagian nukleus untuk menghasilkan dua sel anak.

(c) Bagi sel haiwan, sitokinesis berlaku melalui pencerutan membran sel di bahagian tengah sel. Mikrofilamen yang terdapat di tempat pencerutan mengecut menyebabkan sel mencerut menjadi dua sel anak.

(d) Dalam sel tumbuhan, sitokinesisnya berbeza daripada sitokinesis sel haiwan.

Mitosis hanya melibatkan empat peringkat iaitu profasa, metafasa, anafasa dan telofasa.

Menu Utama